Syukur alhamdulillah, di temukan lagi syawal tahun ini... 1 syawal jatuh hari jumaat, penghulu segala hari.. rasa sebak bila dgr takbir raya... hari nie genap 7 hari kita berada di bulan syawal... sekejap je masa dah berlalu.. badan pun dah makin kembang bahana rendang, ketupat, kuih dan segala macam la... npk gaya lepas nie kena diet, kesihatan kena jaga agar hidup lebih bermakna..
penat jugak mengunjungi saudara mara, ye lah bulan baik nie kena kunjung mengunjung dan bermaafan sesama kita. Kekadang kita tak perasan tutur kata atau perbuatan kita ada yg menyinggung perasaaan org lain. Selagi hidup di bumi ini kita mmg tak lari dari membuat kesilapan dan kesalahan. Jadi ini la masa yg sesuai utk kita menghulurkan tangan meminta ampun dan maaf bg mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama insan.
No comments:
Post a Comment