background

January 25, 2024

                                                                              2024


alhamdulillah bersua kembali di laman zuzucraft yang lama hilang dari radar. Insya Allah, jika diizinkan zuzucraft akan kembali berkongsi segala aktiviti projek jahitan dan craft sepanjang waktu yang lalu dan akan datang. Menjahit hobi dikala menghadapi tekanan kerja dan kehidupan. Kepuasan dengan hasil tangan samada untuk kegunaan sendiri atau tempahan dari rakan-rakan membuatkan hati berbunga riang. Sepanjang sepi dari dunia blog, zuzucraft aktif berkongsi segala hasil tangan di media sosial seperti facebook dan IG. Zuzucraft juga menerima tempahan dari individu2 yang berminat dengan hasil tangan zuzucraft.

Hingga ketemu lagi dilain waktu dengan kemaskini terbaru bersama hasiltangan dari zuzucraft.

Jumpa lagi..... bye....


December 08, 2020

Hobi ku...

 assalamualaikum...

lama saya tak jenguk blog saya ni.. bersarang sungguh blog saya.. so tahun 2021 sy nak aktif balik updates semua aktiviti sy mengenai dunia saya yang byk tumpu pada jahitan. Antara jahitan yang saya suka sekarang ni selain menjahit beg sy juga suka buat patchwork.

Patchwork pertama saya ialah hexagon  king size yang mana sy jahit tangan. Pic bawah ni ialah permulaan saya menjahit hexagon. dan hexagon bedsheet ni dah siap pada awal 2019. Sekarang sy sedang menjahit hezagon bersize queen size dan juga berselang dgn pinwheel size queen.

Kebanyakan pic sy upload dalam FB and Ig sy di bawah akaun zuzucraft.

Ada masa sy akan upload di sini. Insya allah.



March 14, 2017

Weekender bag for shopping or nursery bag with handle
Washable bag with size 13" × 27" × 10"
Outer is linen fabric and Lining with calico fabric.
View from top

Front view

Folded bag

Tada.... made by zuzu with love

beg bercorak burung hantu

Motif burung hantu

Beg bercorak burung hantu untuk isi samsung tablet size 10". Dalam lining dgn kain linen color biru. Permintaan rakan sepejabat.

Ni lak pouch size 8" × 5" dgn dalam berlapik batting 160gm dgn kain calico.

March 03, 2017

Pinky Tote bag

 
Pink... pink... handle pun pink
tote bag dgn butang magnet. sy guna kain kapas dan kain lining bubuh bating gam.

pandangan dlm beg. bawah tu ada tapak yang boleh bukak jika tak nak pakai. fungsi dia konon2 nak bagi bwh tu keras dan npk cantik bila bubuh barang.

January 12, 2017

Sewing Machine Cover

Sewing machine cover request by my sister. I sew using cotton fabric and lining with calico fabric.
To make it tough I add CS (cotton stabilizer) no. 5530. There is 3 pocket attached with panel cover to keep all accessories such as scissor, pencil, ruler, tape or etc.
This sewing cover is washable. Hope she like it.
 

Bakul dari fabrik.

Bila kawan ternpk bakul yg pertama.. dia pun nak order yg sama utk letak makeup dan peralatan bakeri. Bakul ni sy buat guna fabrik dan nak bg keras sy guna CS (cotton stabilizer) CS ni ada byk jenis n biasanya sy pilih CS 5530 utk bg npk tegap n cun gitu... kekemasan pun terserlah...


pandangan dari atas.. size bakul ni lebih kurang 10 x 10 dan berbentuk 4segi tepat.
 

pandangan dari sisi.
2 gambar di atas ni bakul pertama yg sy buat.

yang ini pula, bakul yang kawan order. size dlm 6 x 6 dan saya letakakan tali utk senang dia pegang and bawa ke mana-mana. Yang ni sy buat utk dia letak semua alat solek dia. tinggal nak pasang butang supaya npk lagi kemas dan cantik.. dia sgt teruja dgn bakul ni.. haahahah











MY TOTE BAG BY ZUZU CRAFT@ZURA

 
Handmade tote bag by zuzucraft
all already sold out
 
1st Owl tote bag - Sold out

 
2nd Owl tote bag - Sold

Snail tote bag - Sold

Girly tote bag - Sold

Gorgeous girl tote bag - Sold



October 28, 2016

fabric pouch by zuzu craft

Menjahit adalah sebahagian minat saya untuk menghasilkan sesuatu.
kali ni saya buat pouch kecil yg sesuai utk isi makeup, hp, duit dsbgnya. Sy guna kain kapas dgn dilapisi batting bergam atau felt lembut.
Ini sebahagian corak yg sy dah jahit. 








October 14, 2016

Flap totebag with crochet flower

Belajar buat beg ni melalui aplikasi whatapps dgn kwn di FB. Sy mmg suka handmade beg coz npk unik n lain dr yg lain. X semua org ada apa yg kita ada.. tp boleh order if nak yg mcm kita ada cuma mungkin design crochet tu berbeza sedikit. Kebanyakkan motif bunga2 coz sy suka bunga sebagai deco.

 Ini bahagian hadapan beg yg dihiasi bunga. Jambangan bunga crochet ni sy jahit tgn bersama manik supaya berseri..

Pandangan dekat jambangan bunga yg dijahit manik.

Boleh lawati FB & Page fb sy zuzu craft. Thanks..