background
August 27, 2010
kehidupan....
dah hampir nak raya... rasa masa cepat berlalu tanpa kita sedari. Kekadang kita lalai dan alpa hingga tak menyedari bahawa masa yg ada tidak digunakan dgn sebaik2nya. kekadang terpikir jugak, andainya ada time machine wahh seronoknya. Boleh tukar or pindah ke tahun2 yg kita nak. Tapi mustahil. Tiada siang tiadala malam begitu la kehidupan kita, tiada semalam tiadalah hari ini..
Dalam meniti batas2 kehidupan nie, byk sebenarnya dugaan, pengalaman dan peristiwa yg kita lalui, tempuhi, hadapi setiap masa. Ada suka, ada duka, ada tangis, ada kebahagian dan juga kekecewaan. Tapi semua itu adalah guru yg amat bermakna kerna ia mendidik dan mengajar kita erti sebenar kehidupan. Kehidupan kita ini ibarat kain putih dan kita sendiri yg mencorakkan mengikut kehendak dan tujuan diri kita. Macam aku, kehidupan ku penuh dgn pelbagai warna ibarat pelangi petang... nampak indah dan cantik tp tersirat seribu satu cerita.. Kehidupan yang berwarna warni menceriakan dan menjadikan kehidupan kita lebih indah dan bererti.. Aku amat bersyukur dgn-Nya kerana di beri peluang utk bernafas dalam kehidupan nie. Bila sampai masa dan waktunya kita akan kembali kepada-Nya. Dlm hidup ni terlalu byk dugaan dan cabaran yg aku telah lalui dan itu semua menjadikan diri ku lebih kuat, tabah dalam meniti perjalanan hidup ini hingga ke pelabuhan yg terakhir...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment